Kata Imbuhan Awalan dan Akhiran
1.Cindy Lim menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibunya sempena Hari
Ibu.
2.Kami sekeluarga lebih suka duduk bersila
(盘膝而坐)di atas tikar semasa menikmati makanan.
3.Rancangan Jejak Kasih yang disiarkan di
televisyen berjaya mempertemukan (相会 ) Ani dan Mona yang telah lama terpisah.
4.Pendapat
yang dikemukakan oleh Salleh itu sangat baik.
5.Mei Lam mendongak抬起(头) sambil mengait钩 buah manga yang masak
di atas pokok.
6.Janet terkejut apabila dicuit (手指动来动去)oleh Rozita dari belakang secara tiba-tiba.
7.Ibu menyuruh kakak menjerang air di dalam cerek(茶壶).
8.Kapal itu tidak dapat berlabuh (停泊) di Pelabuhan Klang kerana kabus(雾) tebal.
9.Mangsa kemalangan yang cedera parah itu semakin
stabil selepas menjalani pembedahan(手术).
10.Abang sedang memakai tali pinggang supaya seluarnya tidak lucut(松脱).
11.Puan Mei Li sedang menguli (搓揉)tepung untuk membuat donat kegemaran anak
bongsunya.
12.Puan Wong menyimbah
(溅湿)cermin
keretanya yang terkena lumpur(泥泞) menggunakan sebaldi air.
13.Majlis perasmian restoran itu dihadiri oleh
seniman antarabangsa dan beberapa orang kenamaan
tempatan.
14.Oleh sebab kepenatan,peserta
lumba lari itu tidak dapat meneruskan lariannya ke garisan penamat.
15.Bapa Ramu menyandang
负起(任务)jawatan yang tinggi di
sebuah syarikat.
16.Pihak polis memberkas (逮捕)dua orang perompak
dalam sekatan jalan raya.
17.Pekerja kebun teh menggalas (肩挑) bakul ketika memetik pucuk dedaun teh.
18.Pak Mat duduk termenung (发呆)di sudut serambi(走廊) rumahnya.
19.Tikus itu mengerit
(咬嚼)kotak
kayu di dalam stor itu sehingga berlubang.
20.Ahli-ahli bomba memancutkan
air untuk memadamkan api yang semakin
marak (猛烈)itu.
21. “Tolong rendamkan
(浸)pakaian
yang kotor ini di dalam baldi,”kata emak kepada kakak.
22.Pemain bola sepak yang cedera itu terpaksa diusung
(被抬起) ke luar padang untuk diberi rawatan kecemasan.
23.Ibu sedang menjerang
secerek air untuk membancuh air
teh.
24.Walaupun kayu itu besar tetapi terangkat oleh Pak Cik Yussof.
25.Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin
berlian pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
No comments:
Post a Comment