Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada
petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Xian Min seorang murid yang pintar.
(1) Dia selalu menumpukan perhatian
ketika gurunya mengajar. Selepas pulang dari sekolah, (2) Xian Min akan menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan oleh guru-gurunya. (3) Dia
juga menolong ibunya membuat kerja rumah.
Pada waktu petang, (4) Xian Min akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan
bersama-sama sahabat karibnya. (5) Dia
selalu memberi tunjuk ajar kepada sahabatnya yang mengalami masalah dalam
pelajaran.
Selain mengulang kaji, Xian Min
akan memastikan badannya sentiasa cergas. Oleh itu, (6) dia selalu berjoging bersama keluarga dan sahabatnya.
-----------------------------------------------
Kita
mesti berdisiplin
seperti (1) Xian Min selalu menumpukan perhatian ketika gurunya
mengajar. Kita perlu bertanggungjawab seperti (2)
Xian Min akan menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan oleh guru-gurunya. Kita harus rajin/bertimbang rasa seperti (3)
Xian Min juga menolong ibunya membuat kerja rumah. Kita
hendaklah tekun
seperti (4) Xian Min akan mengulang kaji pelajaran di
perpustakaan. Kita patut baik hati seperti (5) Xian Min selalu
memberi tunjuk ajar kepada sahabatnya yang mengalami masalah dalam pelajaran.
Kita wajar menjaga kesihatan seperti (6) Xian
Min selalu
berjoging bersama keluarga dan sahabatnya.
No comments:
Post a Comment