-->

Hello

Tuesday 11 December 2012

P6 UPSR:Bahasa Malaysia



Kata Imbuhan Awalan dan Akhiran

1.Cindy Lim menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibunya sempena    Hari Ibu.

2.Kami sekeluarga lebih suka duduk  bersila (盘膝而坐)di atas tikar semasa menikmati makanan.

3.Rancangan Jejak Kasih yang disiarkan di televisyen berjaya mempertemukan (相会 ) Ani dan Mona yang telah lama terpisah.

4.Pendapat yang dikemukakan oleh Salleh itu sangat baik.

5.Mei Lam mendongak抬起() sambil mengait buah manga yang masak di atas pokok.

6.Janet terkejut apabila dicuit (手指动来动去)oleh Rozita dari belakang secara tiba-tiba.

7.Ibu menyuruh kakak menjerang air di dalam cerek(茶壶).

8.Kapal itu tidak dapat berlabuh (停泊) di Pelabuhan Klang kerana kabus() tebal.

9.Mangsa kemalangan yang cedera parah itu semakin stabil selepas  menjalani    pembedahan(手术).

10.Abang sedang memakai tali pinggang supaya seluarnya tidak lucut(松脱).

11.Puan Mei Li sedang menguli (搓揉)tepung untuk membuat donat kegemaran anak bongsunya.

12.Puan Wong menyimbah (溅湿)cermin keretanya yang terkena lumpur(泥泞) menggunakan sebaldi air.

13.Majlis perasmian restoran itu dihadiri oleh seniman antarabangsa dan beberapa orang kenamaan tempatan.    

14.Oleh sebab kepenatan,peserta lumba lari itu tidak dapat meneruskan lariannya ke garisan penamat.

15.Bapa Ramu menyandang 负起(任务)jawatan yang tinggi di sebuah syarikat.

16.Pihak polis memberkas (逮捕)dua orang perompak dalam  sekatan  jalan raya.

17.Pekerja kebun teh menggalas  (肩挑) bakul ketika memetik pucuk dedaun teh.

18.Pak Mat duduk termenung (发呆)di sudut serambi(走廊) rumahnya.

19.Tikus itu  mengerit (咬嚼)kotak kayu di dalam stor itu sehingga berlubang.

20.Ahli-ahli bomba  memancutkan  air untuk memadamkan api yang semakin marak (猛烈)itu.

21. “Tolong rendamkan ()pakaian yang kotor ini di dalam baldi,”kata emak kepada kakak.

22.Pemain bola sepak yang cedera itu terpaksa  diusung (被抬起) ke luar padang untuk diberi rawatan kecemasan.

23.Ibu sedang menjerang  secerek air untuk membancuh air teh.

24.Walaupun kayu itu besar tetapi terangkat  oleh Pak Cik Yussof.

25.Ayah  menghadiahi ibu sebentuk cincin berlian pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

No comments:

Post a Comment