-->

Hello

Tuesday 11 December 2012

Pu Sze 2012 Soalan Nilai Murni



Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Xian Min seorang murid yang pintar. (1) Dia selalu menumpukan perhatian ketika gurunya mengajar. Selepas pulang dari sekolah, (2) Xian Min akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya. (3) Dia juga menolong ibunya membuat kerja rumah.

Pada waktu petang, (4) Xian Min akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan bersama-sama sahabat karibnya. (5) Dia selalu memberi tunjuk ajar kepada sahabatnya yang mengalami masalah dalam pelajaran.

Selain mengulang kaji, Xian Min akan memastikan badannya sentiasa cergas. Oleh itu, (6) dia selalu berjoging bersama keluarga dan sahabatnya.

-----------------------------------------------
        
   Kita mesti berdisiplin seperti (1) Xian Min selalu menumpukan perhatian ketika gurunya mengajar. Kita perlu bertanggungjawab seperti (2)  Xian Min akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya. Kita harus rajin/bertimbang rasa seperti (3) Xian Min juga menolong ibunya membuat kerja rumah. Kita hendaklah tekun seperti (4) Xian Min akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita patut baik hati seperti (5)  Xian Min selalu memberi tunjuk ajar kepada sahabatnya yang mengalami masalah dalam pelajaran. Kita wajar menjaga kesihatan seperti (6) Xian Min  selalu berjoging bersama keluarga dan sahabatnya.

No comments:

Post a Comment